September 2014

Its been quite some time since i last blogging. Everything turn up so well Alhamdulillah. I've grew up and learned so much lesson since the last post. Excuse the manners, budakbudak lagi biasa lahh en enn lols. Till next time. Xoxo

Si Tak Guna

Assalamualaikum. Lama tak menulis kata hati sendiri. Sebelum ni pujuk diri, Alhamdulillah berjaya lupakan. Tapi kali ni... Aku sendiri tak faham kenapa. Mungkin sebab kalini aku salahkan diri aku sendiri. Aku rasa bodoh sangat. Rasa useless. Tak guna. Too insignificant sampai apa pun yang aku cakap takkan di amek kesah. Macam budak kecik. Dia cakap apa pun orang takkan amek serius. Tapi bila dia menanges baru orang bagi perhatian.
Macam tu lah aku. Tapi dalam umur aku ni rasanya memberontak baru orang bagi perhatian. Rasa nya lah. Terlalu banyak menanges pun rosakkan hati sendiri jugak. Aku nak memberontak. Nak tunjukkan aku ada kuasa veto dalam menentukan jalan hidup aku sendiri. Aku nak memberontak untuk tunjukkan aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Aku nak buat keputusan aku sendiri. I just want to live my life. For God sake, come on lah, I'm 21 y/o kot. Aku tau 21 tu tak besar mana.Tapi...

Aku taknak jadi anak derhaka. Sumpah aku memang taknak melawan cakap mak. Ayah tu lantak laa. Tapi ayah selalu hasut mak. Mak pulak terpaksa dengar cakap ayah sebab syurga mak bawah kaki ayah. Tu je yg mak selalu cakap bila mak backup ayah. End up aku rasa benci dengan ayah sbb gunakan mak utk halang aku buat apaapa. Even tho mak always support me. Itu tak boleh, Ini tak boleh. Aku tak boleh nak marahkan mak, tak boleh nak benci kan mak. Kesian mak. Mak jadi mangsa keadaan. Between nak support me or menangkan ayah. Mestilah mak pilih syurga kan, dari pilih aku yg tak berguna ni.

You know what? Kita ni kena belajar untuk mempercayai org lain. When you don't trust someone, you will really make them feel useless. Aku cuma nak orang percayakan aku. Percayakan aku untuk aku jaga diri aku sendiri. Support aku, walaupun selalunya aku akan end up failed in everything. Tapi bila kau halang aku, kau dah buat aku rasa macam tujuan aku hidup ni cuma untuk duduk rumah basuh pinggan mangkuk yang kau sepahkan dekat ruang tamu je. Faham tak skrg ni? Kau tak rasa aku boleh hidup dekat luar sana sebab tempat aku cuma dalam rumah ni. Aku tak kesah pun semua tu. Tapi tolong jangan bagi alasan bahaya dekat luar sana.

Arwah abang tu depan mata pun pergi macam tu je. Aku tau mak bapak aku risau aku keluar malammalam. Takut kena rogol, kena rompak, mati accident kena langgar, semua la benda buruk jadi. But you know what, bila jadi mcm ni my inner side akan buat bendabenda tu belakang my parents. "Strict parents raised the best liars" Take that! Im aware of all the danger. Orang kata malang tak berbau. Aku tau tu. Tapi kan elok tu aku bgtau dulu aku nak pergi manamana. Dari aku tak bagitau tetiba mati katak je. Aku tau dorg sayangkan aku. Sebab tu dorg tknak apaapa jadi dekat aku. But I am still doing it for myself. Aku tetap akan buat walaupun bukan dlm pengetahuan dorg. Aku nak merasa semua benda. Aku nak buat semua benda. Aku nak ada pengajaran hidup aku sendiri. Biarkan aku merasa. Biar aku tau macam mana peritnya dunia.

Memang nanti jawapan mak, kalau dah rasa besar, dah tak perlukan mak ayah, bayar sewa bilik kalau masih nak duduk rumah ni. Makan minum pun mak ayah tanggung, ada hati nak hidup sendiri. Selagi duduk dalam rumah ni kena dengar cakap mak ayah! That is totally not a good answer. Buat aku rasa mcm nak kerja cepatcepat ada duit lepas tu blaa terus. Mcm tu la Ameer buat. Sbb tu dia takde balik rumah dh skrg, sbb sistem rumah ni terlampaaaauu 'childlock' punya sistem. Tolong jangan layan kitorg macam budakbudak kecik.

Aku tetap akan kalah kalau di fikir dari segi agama. Aku memang anak derhaka. Tak reti nak dengar cakap, dah la bodoh, bebal, tak guna, tak bole harap, tak bawak untung, buat itu ini pun tak boleh, suruh basuh pinggan pun pecahkan pinggan. Cukup lah sampai sini. Aku tetap takkan lawan cakap mak. Aku pun nak masuk syurga macam mak. Aku cuma harap mak and ayah akan lebih faham. Bagi ruang sikit untuk aku kenal dunia. Untuk aku jadi diri sendiri. Bagi ruang untuk aku jalani hidup aku. Aku cuma harap dorg faham. Tapi takpe lah. Mungkin ada hikmah. And for myself, aku cuma akan telan sendiri apa yg dah jadi. Biar Allah yang sembuhkan luka ni.


.

Sedih gila aku rasa.
Macam nak menyerah segalanya,
Bukan rasa tak dihargai,
Tapi lebih rasa mcm tempat lepaskan benci.

Orang jauh takkan rasa,
Sebab orang dekat yang selalu kena.
Kau tau apa?

Kita dah cuba sedaya upaya,
Untuk puaskan hati dia.
Tapi boleh kata apa...

Cuma mampu berserah pada yang Maha Esa.
In sya Allah.
Semuanya akan baik-baik sahaja.


Dialog Cinta & Zina

Assalamualaikum. Sejuk pagi ni, pagi khamis. Hujan petang semalam buat aku trauma nak buat dosa. Guruh kilat sampai blackout rumah sendiri. Terasa takut panahan petir tu dengan kemurkaan Allah. Mungkin dituju untuk aku, mungkin tidak. *Tapi bila dah buat salah mesti akan ada perasaan yg itu dituju untuk diri kita kann? Serious perasaaan bercampur baur mula berjanji macammacam dengan Tuhan. Alhamdulillah tak lama tu hujan reda. I guess perjanjian tu dikira. Ehh kira ke? Grrrr


 Perjanjian aku, untuk putuskan hubungan dengan dia. My forever cugarplum, dah lebih 9 bulan rasanya ktorg bsama. Alhamdulillah dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang bertanggungjawab, for now laa. Mungkin berlakon je selama ni, tapi Allah lebih tahu kann. Mak pernah tanya samada aku serious ke dengan dia. jawapan aku cuma, Ehh Mestilaaa! Kalau ada jodoh tu ada lahh. Padahal dalam hati dah berbunga mak bangkitkan hal macam tu. Aku terlalu sayangkan dia. Walaupun hubungan ktorg cuma hubungan jarak jauh, tapi sumpah ini bukan auta. Fakta nya ni memang kali pertama aku jatuh cinta. Cinta yang betulbetul cinta. *Muntahh sekejap #GeliGeleman Cinta yang orang kata akan rosakkan diri kita, Yess cinta tu lah yang aku maksudkan sekarang. Mungkin tak nampak dari luaran, cuma kita je yang boleh nilai diri kita. Jadi, berdasarkan penilaian aku. Cinta ni dah bawak aku menyimpang jauh dari asal usul aku, dari didikan mak ayah aku. So I guess this has to be stop!


Berbekalkan baucer buku penberian Kerajaan Malaysia, aku singgah satu kedai buku mamak dekat Presint9, Putrajaya haritu. *Mamak dah maju bukak kedai buku seyyh! Sekilas aku terpandang buku ni, macam ada satu tarikan luar biasa. Jujur aku cakap, aku paling tak suka membaca. Especially buku! Dengan gatal tangan, beli lah buku ni dengan baucer buku tu. Balik rumahh bapak semangat nak baca walhal esok first paper final exam untuk semester ni. Paper Business Law pulak tu. Aku cuma baca sinopsis je laa tapi nya. Menarik buku ni. Saat tulis entry ni aku belum habis final exam lagi. Cuma tinggal paper Finance esok pagi. Mulakan sikit pembacaan buku ni. Tapi tiap kali aku tonton tatap buku ni macam bagi semangat untuk aku. 

Mungkin sedikit sebanyak doa aku dah dimakbulkan Allah. Aku dah dapat semangat untuk putuskan rasa cinta ni. Tapi aku tak sekuat tu, keputusan ni tak semudah tu. Malam tadi panjang perbincangan kami. Mungkin ni cara yang terbaik, Alhamdulillah dia akhirnya setuju. Dia pun sedar hubungan ni perlu diperbaiki dari segi rohani dan jasmani. Ehh? Dia pernah cakap bagi dia masa 3tahun untuk kumpul duit masuk meminang bina keluarga brsama. Aku tak harap tu punn. Terlalu awal untuk aku. Aku nak kejar citacita aku, capai impian aku. Impian aku besar, matlamat aku tinggi. 

Dia pulak macam tak berapa nak ada wawasan hidup. Aku taknak hidup dengan lelaki yang lemah macam tu. Tempoh 3tahun yang dia cakap, aku bagi masa untuk dia ubah hidup dia balik. Sekurangkurangnya jadi seseorang yang lebih baik dari dia yang sekarang. Berat, memang berat. Aku tak tau samada keputusan aku ni betul atau tidak. Tapi aku tau keluarga aku tetap dengan aku. Allah akan sentiasa ada dengan aku. Aku ada tanya kakak, macam mana nak tau samaada keutusan yang kita buat ni betul atau tak. 

Kakak cakap: "Takkan pernah ada keputusan yang betul. Kalau keputusan yang kau buat tu kau rasa salah. Anggap je tu satu pengalaman hidup. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan?"

Ni cara yang terbaik, jalan yang terbaik untuk kami berdua. In sha Allah, kalau betul dah tertulis jodoh kami bersama, 10tahun akan datang pun tetap akan bersama. Kita cuma perlu percaya. Alhamdulillah aku rasa lega sikit pagi ni. Penilaian diri pagi ni buat aku rasa puas hati dengan keputusan aku, pilihan aku. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup aku dan dia. In sha Allah.

end of part4

Assalamualaikum. taknak cakap banyak harini. Penat, Letih, Lemah. harini balik awal sikit dari selalu tapi penatnya nauzubillah macam 3hari beronggeng tak tidur. Drive balik tadi meyakinkan diri boleh tahan mata dari tidur dan tahan mulut carutkan pemandu lain yang drive bapak slow *bapak dia jugak yang disalahkan* bawak kereta tapi lembabnya mengalahkan itik berjogging.

Namun ternyata mmg mulut takdapat ditahan. mintak ampun la yang dicarut tadi. Mula merasakan nyawa sendiri akan melayang dgn cara pemanduan ikut nafsu, terasa nak berkelah bawah jambatan tarik brek dan tidur sekejap hilangkan tekanan. Kepala dah membayangkan katil yang empuk berserta aircond penyejuk sanubari tak lupa sang bantal busuuk. Auta semua tu, realitinya cuma bantal busuk berlapikkan tikar mengkuangkuang dan kipas angin lama.
Namun tetap bersyukur.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah siap plan nak update belog lagi tu. Sekarang mungkin boleh mulakan sesi istirehat. Kunci pintu, silent phone, tarik selimut... Tolak balik selimut, cuacaa panas baq hang :( Dah rasa macam dalam microwave sejak dua menjak ni. Habis idea entry blog, picit Publish, baca balik, dah puas hati cabut berukbengg, off lappy. Masa bunyikan dengkuran.
Semoga berjaga sebelum maghrib.