.

Sedih gila aku rasa.
Macam nak menyerah segalanya,
Bukan rasa tak dihargai,
Tapi lebih rasa mcm tempat lepaskan benci.

Orang jauh takkan rasa,
Sebab orang dekat yang selalu kena.
Kau tau apa?

Kita dah cuba sedaya upaya,
Untuk puaskan hati dia.
Tapi boleh kata apa...

Cuma mampu berserah pada yang Maha Esa.
In sya Allah.
Semuanya akan baik-baik sahaja.


Dialog Cinta & Zina

Assalamualaikum. Sejuk pagi ni, pagi khamis. Hujan petang semalam buat aku trauma nak buat dosa. Guruh kilat sampai blackout rumah sendiri. Terasa takut panahan petir tu dengan kemurkaan Allah. Mungkin dituju untuk aku, mungkin tidak. *Tapi bila dah buat salah mesti akan ada perasaan yg itu dituju untuk diri kita kann? Serious perasaaan bercampur baur mula berjanji macammacam dengan Tuhan. Alhamdulillah tak lama tu hujan reda. I guess perjanjian tu dikira. Ehh kira ke? Grrrr


 Perjanjian aku, untuk putuskan hubungan dengan dia. My forever cugarplum, dah lebih 9 bulan rasanya ktorg bsama. Alhamdulillah dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang bertanggungjawab, for now laa. Mungkin berlakon je selama ni, tapi Allah lebih tahu kann. Mak pernah tanya samada aku serious ke dengan dia. jawapan aku cuma, Ehh Mestilaaa! Kalau ada jodoh tu ada lahh. Padahal dalam hati dah berbunga mak bangkitkan hal macam tu. Aku terlalu sayangkan dia. Walaupun hubungan ktorg cuma hubungan jarak jauh, tapi sumpah ini bukan auta. Fakta nya ni memang kali pertama aku jatuh cinta. Cinta yang betulbetul cinta. *Muntahh sekejap #GeliGeleman Cinta yang orang kata akan rosakkan diri kita, Yess cinta tu lah yang aku maksudkan sekarang. Mungkin tak nampak dari luaran, cuma kita je yang boleh nilai diri kita. Jadi, berdasarkan penilaian aku. Cinta ni dah bawak aku menyimpang jauh dari asal usul aku, dari didikan mak ayah aku. So I guess this has to be stop!


Berbekalkan baucer buku penberian Kerajaan Malaysia, aku singgah satu kedai buku mamak dekat Presint9, Putrajaya haritu. *Mamak dah maju bukak kedai buku seyyh! Sekilas aku terpandang buku ni, macam ada satu tarikan luar biasa. Jujur aku cakap, aku paling tak suka membaca. Especially buku! Dengan gatal tangan, beli lah buku ni dengan baucer buku tu. Balik rumahh bapak semangat nak baca walhal esok first paper final exam untuk semester ni. Paper Business Law pulak tu. Aku cuma baca sinopsis je laa tapi nya. Menarik buku ni. Saat tulis entry ni aku belum habis final exam lagi. Cuma tinggal paper Finance esok pagi. Mulakan sikit pembacaan buku ni. Tapi tiap kali aku tonton tatap buku ni macam bagi semangat untuk aku. 

Mungkin sedikit sebanyak doa aku dah dimakbulkan Allah. Aku dah dapat semangat untuk putuskan rasa cinta ni. Tapi aku tak sekuat tu, keputusan ni tak semudah tu. Malam tadi panjang perbincangan kami. Mungkin ni cara yang terbaik, Alhamdulillah dia akhirnya setuju. Dia pun sedar hubungan ni perlu diperbaiki dari segi rohani dan jasmani. Ehh? Dia pernah cakap bagi dia masa 3tahun untuk kumpul duit masuk meminang bina keluarga brsama. Aku tak harap tu punn. Terlalu awal untuk aku. Aku nak kejar citacita aku, capai impian aku. Impian aku besar, matlamat aku tinggi. 

Dia pulak macam tak berapa nak ada wawasan hidup. Aku taknak hidup dengan lelaki yang lemah macam tu. Tempoh 3tahun yang dia cakap, aku bagi masa untuk dia ubah hidup dia balik. Sekurangkurangnya jadi seseorang yang lebih baik dari dia yang sekarang. Berat, memang berat. Aku tak tau samada keputusan aku ni betul atau tidak. Tapi aku tau keluarga aku tetap dengan aku. Allah akan sentiasa ada dengan aku. Aku ada tanya kakak, macam mana nak tau samaada keutusan yang kita buat ni betul atau tak. 

Kakak cakap: "Takkan pernah ada keputusan yang betul. Kalau keputusan yang kau buat tu kau rasa salah. Anggap je tu satu pengalaman hidup. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan?"

Ni cara yang terbaik, jalan yang terbaik untuk kami berdua. In sha Allah, kalau betul dah tertulis jodoh kami bersama, 10tahun akan datang pun tetap akan bersama. Kita cuma perlu percaya. Alhamdulillah aku rasa lega sikit pagi ni. Penilaian diri pagi ni buat aku rasa puas hati dengan keputusan aku, pilihan aku. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup aku dan dia. In sha Allah.

end of part4

Assalamualaikum. taknak cakap banyak harini. Penat, Letih, Lemah. harini balik awal sikit dari selalu tapi penatnya nauzubillah macam 3hari beronggeng tak tidur. Drive balik tadi meyakinkan diri boleh tahan mata dari tidur dan tahan mulut carutkan pemandu lain yang drive bapak slow *bapak dia jugak yang disalahkan* bawak kereta tapi lembabnya mengalahkan itik berjogging.

Namun ternyata mmg mulut takdapat ditahan. mintak ampun la yang dicarut tadi. Mula merasakan nyawa sendiri akan melayang dgn cara pemanduan ikut nafsu, terasa nak berkelah bawah jambatan tarik brek dan tidur sekejap hilangkan tekanan. Kepala dah membayangkan katil yang empuk berserta aircond penyejuk sanubari tak lupa sang bantal busuuk. Auta semua tu, realitinya cuma bantal busuk berlapikkan tikar mengkuangkuang dan kipas angin lama.
Namun tetap bersyukur.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah siap plan nak update belog lagi tu. Sekarang mungkin boleh mulakan sesi istirehat. Kunci pintu, silent phone, tarik selimut... Tolak balik selimut, cuacaa panas baq hang :( Dah rasa macam dalam microwave sejak dua menjak ni. Habis idea entry blog, picit Publish, baca balik, dah puas hati cabut berukbengg, off lappy. Masa bunyikan dengkuran.
Semoga berjaga sebelum maghrib.

Jambatan Runtuh :O


 Assalamualaikum. Acah acah bergegar bumi Cyberjaya bilaa runtuh jambatan comel ni. Awan cerah langit pun cantik ku sangka hari yang indah, tapi nauzubillah. Bukan nak cakap besar laa tapi jambatan ni dah banyak berbakti buat aku menyeberang beli nasi lemak pepagi. Dari view gambar ni kenn kekiri straight je dah smpai pondok buruk nan tersegam indah yang di duduki skrg ni.


Memang dah lamaa patut runtuh pun jambatan ni, struktur tak stabil tinggi rendah sana sini -.- Ni lagi satu hal paip air tu pecah memang buat demam laa ptg tadi gua mndi duk syiokk main sabun  sabun badan pstu shower menitik nitik umpama menggelakkkan gua tk sempat nak bilas badan. 
Memang tatkala tu kecelakaan menyelubungi dirii. Carutan pun meriah keluar mencurah dari mulut seakan bersorak sekali dengan air shower tu. Mmg agak nightmare 28 Feb. Last day before March dengan esok test Law lagii.
Apak diaa laa aku pulak eksaited duk update blog acahacah nak present utk IT nnti. Hari tu kunun nak present tapi tersasar pulak plan madam teruskan lecture sampai habis silibus IT tu. Okay dah puas eksaited, jom study Law :) #TawakalTanpaUsaha.

Day of presentation.

Assalamualaikum :) Eh ehh harini ke present blog? Wish me luck okay.


Bismillahirohmanirohim.


D A Y  O F  
P R E S E N T A T I O N.

Semester4

Assalamualaikum :) Jeles tengok blog classmate memasing dah ready utk presenttion nnti. Kene laa bsemangat jugak kenn. Skip je la semua intro pendidikan awal sebab tak bergaya org terdidik pun kann. So after 2semester dengan dorang ni memang macammacam ragam dah nampak. Mak selalu kata 'Kita takkan kenal orang tu selagi kita tak tidur sekatil dengan dia, seminggu atleast'. Memang laa, u don't expect me to sleep with all of them kan, but so far so good la. Tkde yang kerenah menjijikkan sampai rasa meluat nak pergi kelas, takde langsung yang ke arah tu. Alhamdulillah :)


Sangat happy bila semua boleh cooperate. In sha Allah semoga Sec14 akan maintain kiut miut, comel, jelita andd and deanlist untuk up coming semesters. Aminn. 

Big lost.

Assalamualaikum :) Betulkan orang kata jodoh pertemuan ajal maut semua dekat tangan Allah. Abang pergi tinggalkan semua adikadik abang, usia muda lagi. Saat kami masih perlukan abang, tapi adik abang tau, Allah lebih sayangkan abang. 
Mungkin kalau abang masih ada kami takkan boleh berdiri atas kaki sendiri, masih mengharapkan abang ke sana kesini. Ada hikmah semua tu. Kami rela lepaskan abnag pergi.




Sedih, memang sedih. Sebak rasa bila ingat balik. Tuhan je tau macam mana rasa. Saat abang hembuskan nafas terakhir adik abang ada di sisi abang. Terkilan tak dapat mengucap bersama abang saat hembusan terakhir. Adik abang takut. Takut sangat. Mungkin tak dapat terima kenyataan, tapi sampai bila kan bang :'( Adik tak pernah cerita dekat sesiapa saat hembusan terakhir abang. Adik tak sanggup rasa kehilangan abang  sekali lagi. Biarlah tu rahsia adik dengan Allah.

Abang memang seorang abang yang baik. Seorang anak yang baik. Kadang bila mak ayah sedih dgn perangai adik, adik harap sangat adik yang pergi waktu tu. So that abang boleh happykan mak dgn ayah. Tapi Allah dah ada perancanganNya kan abang kan. In sha Allah, adik akan terus berdoa untuk abang. Jaga diri dekat sana. Adik abang akan jaga mak dengan ayah sebaik mungkin macam mana abang jaga mak ayah dulu. Sayang abang :* 

Al-Fatihah.

My diamonds.

Assalamualaikum :)

Lamanya rasa tak undate blog. Busy berbalah politik nak pancing undi lah katakan, Ehh? *Kang tak pasalpasal je kene gam* Sejak dua menjak ni macam lupa kasih sayang keluarga so pagi tadi lepas bertakafur dapat laa menginsafi diri sekejap. Bersyukur sangat Allah kurniakan aku satu family yang cukup cantik! PERFECT! Wallaahh bak kataa orang perancis. *Sambil cium penumbuk sendiri*


Puan emak dan Encik bapak yang sangat supportive and sporting. Even though banyak asam garam suka duka smpi sometimmes rasa macam nak lari rumah, bunuh diri je tapi after all makhluk Allah berdua ni lah yang banyak bagi semangat untuk aku bangkit dan lawan balik godaan dunia. Alhamdulillah hidup lagi harini :) Me love chu mummy and daddy :*


Comelkan waktu muda duluu :) *Winkk*Ada eorang abang, seorang kakak and seorang adik dah buatkan hidup aku cukup sempurna. Menyayangi dan disayangi tu lumrah manusia. Tapi memang beruntung jadi anak tengah. Dapat kakak dgn abang yang engalah, and ada adik untuk dibuli, hehee.
Tktau la macam mana cara lagi nak bersyukur dapat mak ayah and sibs macam ni. Allah je tau selebar mana senyuman dapat merasai nikmat kebahagiaan :) Alhamdulillah.