Dialog Cinta & Zina

Assalamualaikum. Sejuk pagi ni, pagi khamis. Hujan petang semalam buat aku trauma nak buat dosa. Guruh kilat sampai blackout rumah sendiri. Terasa takut panahan petir tu dengan kemurkaan Allah. Mungkin dituju untuk aku, mungkin tidak. *Tapi bila dah buat salah mesti akan ada perasaan yg itu dituju untuk diri kita kann? Serious perasaaan bercampur baur mula berjanji macammacam dengan Tuhan. Alhamdulillah tak lama tu hujan reda. I guess perjanjian tu dikira. Ehh kira ke? Grrrr


 Perjanjian aku, untuk putuskan hubungan dengan dia. My forever cugarplum, dah lebih 9 bulan rasanya ktorg bsama. Alhamdulillah dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang bertanggungjawab, for now laa. Mungkin berlakon je selama ni, tapi Allah lebih tahu kann. Mak pernah tanya samada aku serious ke dengan dia. jawapan aku cuma, Ehh Mestilaaa! Kalau ada jodoh tu ada lahh. Padahal dalam hati dah berbunga mak bangkitkan hal macam tu. Aku terlalu sayangkan dia. Walaupun hubungan ktorg cuma hubungan jarak jauh, tapi sumpah ini bukan auta. Fakta nya ni memang kali pertama aku jatuh cinta. Cinta yang betulbetul cinta. *Muntahh sekejap #GeliGeleman Cinta yang orang kata akan rosakkan diri kita, Yess cinta tu lah yang aku maksudkan sekarang. Mungkin tak nampak dari luaran, cuma kita je yang boleh nilai diri kita. Jadi, berdasarkan penilaian aku. Cinta ni dah bawak aku menyimpang jauh dari asal usul aku, dari didikan mak ayah aku. So I guess this has to be stop!


Berbekalkan baucer buku penberian Kerajaan Malaysia, aku singgah satu kedai buku mamak dekat Presint9, Putrajaya haritu. *Mamak dah maju bukak kedai buku seyyh! Sekilas aku terpandang buku ni, macam ada satu tarikan luar biasa. Jujur aku cakap, aku paling tak suka membaca. Especially buku! Dengan gatal tangan, beli lah buku ni dengan baucer buku tu. Balik rumahh bapak semangat nak baca walhal esok first paper final exam untuk semester ni. Paper Business Law pulak tu. Aku cuma baca sinopsis je laa tapi nya. Menarik buku ni. Saat tulis entry ni aku belum habis final exam lagi. Cuma tinggal paper Finance esok pagi. Mulakan sikit pembacaan buku ni. Tapi tiap kali aku tonton tatap buku ni macam bagi semangat untuk aku. 

Mungkin sedikit sebanyak doa aku dah dimakbulkan Allah. Aku dah dapat semangat untuk putuskan rasa cinta ni. Tapi aku tak sekuat tu, keputusan ni tak semudah tu. Malam tadi panjang perbincangan kami. Mungkin ni cara yang terbaik, Alhamdulillah dia akhirnya setuju. Dia pun sedar hubungan ni perlu diperbaiki dari segi rohani dan jasmani. Ehh? Dia pernah cakap bagi dia masa 3tahun untuk kumpul duit masuk meminang bina keluarga brsama. Aku tak harap tu punn. Terlalu awal untuk aku. Aku nak kejar citacita aku, capai impian aku. Impian aku besar, matlamat aku tinggi. 

Dia pulak macam tak berapa nak ada wawasan hidup. Aku taknak hidup dengan lelaki yang lemah macam tu. Tempoh 3tahun yang dia cakap, aku bagi masa untuk dia ubah hidup dia balik. Sekurangkurangnya jadi seseorang yang lebih baik dari dia yang sekarang. Berat, memang berat. Aku tak tau samada keputusan aku ni betul atau tidak. Tapi aku tau keluarga aku tetap dengan aku. Allah akan sentiasa ada dengan aku. Aku ada tanya kakak, macam mana nak tau samaada keutusan yang kita buat ni betul atau tak. 

Kakak cakap: "Takkan pernah ada keputusan yang betul. Kalau keputusan yang kau buat tu kau rasa salah. Anggap je tu satu pengalaman hidup. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan?"

Ni cara yang terbaik, jalan yang terbaik untuk kami berdua. In sha Allah, kalau betul dah tertulis jodoh kami bersama, 10tahun akan datang pun tetap akan bersama. Kita cuma perlu percaya. Alhamdulillah aku rasa lega sikit pagi ni. Penilaian diri pagi ni buat aku rasa puas hati dengan keputusan aku, pilihan aku. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup aku dan dia. In sha Allah.